Let's Chat...


Greetings...


Welcome...



Followers...

Thursday, September 4, 2008

Ampun Tuanku

Dua minggu lepas kami disini menerima kunjungan DiRaja Perlis yang terdiri dari Sultan dan Sultanah Perlis yang diiringi dayang dan pengawal peribadi DiRaja. Jangan panic !!! bukan lah berkunjung kerumah Mommy nie tapi Rombongan DiRaja tu berkunjung ke Amsterdam !!! Tuanku baru aje lepas menjalani pembedahan di bahagian kaki (tak sure which part) kat Denmark dan atas nasihat Doktor, Tuanku hanya dibenarkan menaiki pesawat utk pulang ke Malaysia selepas 10 hari dari tarikh pembedahan. Tapi sebab dah banyak hari di Denmark jadi Tuanku dan rombongan Baginda mengambil keputusan untuk datang ke Amsterdam dengan menaiki keretapi selama 16 jam dan kemudian dari sini Tuanku teruskan perjalanan terbang pulang ke Malaysia dengan MAS.

Tapi Alhamdulillah, my rezeki, and being one of the Ahli Perwakilan di sini, yours truly dapat jugak "Jemputan Makan Malam bersama Sultan & Sultanah Perlis" ! Tapi food malam tu we all masing-masing yang masak according to menu requested by Tuanku. Both Tuanku were very humble dan tak lepas dari mulut Tuanku ucapan terima kasih yang tak terhingga for all the preparation. Selepas makan, we all tak terus balik tapi disambung pulak dengan sessi karaoke dan tarian pocho-pocho. Part karaoke tu yours truly lemah lah sikit sebab memang bukan bidang yang digemari tapi kalau pasal menari...no problem ! laju aje kaki nie bergoyang...



Inang DiRaja (yg pakai tudung putih) tengah ajar tarian Pocho-pocho
Dan atas sebab-sebab yang tertentu, Mommy tak ada lah pulak gambar dengan Sultan & Sultanah, yang ada pun gambar sesama kami masa menari dan masa kami tengah berbaris tunggu ketibaan Tuanku. Apa pun malam tu tetap akan menjadi kenangan manis untuk kami semua disini....

0 comments:

 
from comey_lote with ♥