Syukur Alhamdulillah, Mommy dengan beberapa ladies friend Mommy dah pun melaksanakan salah satu daripada tuntutan ibadah kami didalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Hasil daripada "pertemuan" kami setiap hari dari 3 Ramadhan sehinggalah semalam (22 Ramadhan), kami akhirnya "Khatam". Bukanlah niat Mommy untuk bermegah ataupun riak, cuma sekadar untuk berkongsi kegembiraan kami dan aktiviti kami disini aje. Harapan kami, insyaallah, kalau masih ada rezeki tahun depan, lebih ramai lagi teman-teman disini yang dapat ikut serta. Sambil tu, jom tengok apa yang sempat kami sediakan untuk majlis kecil-kecilan tersebut ...(bukan makan kat situ tau, tapi untuk dibawa pulang...)
Pulut Kuning & Rendang Ayam
Telur Pindang
Apam Seri Wangi & Bubur Lambuk
Dan juga ada Sambal Telur, Kek Gulung, Cucur Udang & Anggur
Kami juga telah menjemput Ustaz Naf'aan dan isteri beliau untuk bersama-sama mengakhiri dan mendoakan majlis tersebut. Mommy pun nak ambil kesempatan ni untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan Mommy yang terlibat : K.Kamariah, K.Jie, Shereen, Ida, K.Herita & K.Liza. Semoga usaha dan niat kita diterima dan dimakbulkanNya....Amin.
5 comments:
Aduhhhhhh so nice tengok ur food ... bloody yummy .... yumm yummm.. takde hajat pindah ke Paris ke hih hih hih
amboi...suka hati dia letak nama apam tu nama apa..akakaka...nasib baik letak elok..
Nad : bukan I buat semua tu.. I cuma buat pulut kuing & rendang ayam tu aje, yg lain tu other ladies yg bawak..
Ida : Nasib baik akak bagi nama tu, kalau akak tulis apam comey lote, mcm kelako jerk bunyi dia hehehe..hish ! Ida nie, bulan pose pun hotak kuning..(c0ver..cover..)
I love pulut and rendang ... nampak gayanya kena buat sendiri lar nih uwaaaaaa
Post a Comment